Thursday 29 January 2015

Implikasi tudung dan pemelukan penyanyi K-pop – Farouk A. Peru - The Malaysian Insider

Implikasi tudung dan pemelukan penyanyi K-pop – Farouk A. Peru - The Malaysian Insider

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Apabila tiba masa pilihanraya media masa pemerintah akan menyiarkan filem2 dan lagu2 P.Ramlee masa zaman 1946.Pada zaman ini wanita Melayu bukan bertudung tetapi BERSELENDANG.Tanpa memakai tudung mereka kelihatan ayu dan menawan bersama baju kurung dan kebaya!Inilah budaya orang2 Melayu yang sebenar.Agamawan dan para ilmuan harus kembali kepada Al Quran dan mengkaji asal usul yang menimbulkan budaya Arab bertudung dan haram bersentuhan itu.Sila rujuk Surah Maryam~19:20[She said,"How can I have a son when no man has "TOUCHED" me ,I have never been unchaste"][Maryam bertanya(dengan cemas):"Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki,padahal aku tidak pernah DISENTUH oleh orang lelakipun ,dan aku pula bukan perempuan jahat"]Harus diingat Nabi Allah Maryam berbangsa Yahudi dan perkataan "TOUCH" ADALAH SEBENARNYA HEBREW dan bermakna "SEXUAL RELATIONS" ATAU "PERSETUBUHAN".Apabila penulis Inggeris menulis Kitab Bible bertujuan menjaga adab mengunakkan "touch" juga supaya makna sebenar kekal tanpa menapakkan kekurangan sopan!Tetap "touch" didalam bahasa Inggeris bermakna "sentuh "atau "pegang".Masa berlalu sekian lama apabila terjemahan dibuat didalam kitab berbahasa lain "SENTUH DISAMAKAN SEBAGAI PERSETUBUAH ATAU PERZINAAN".Seperti biasa SYAITAN and agen2 mengambil kesempatan mengelirukan ummah hingga sekarang!Adakah menyentuh wanita bertudung berpakaian rapi dan lengkap itu suatu persetubuhan yang digembar gembur didalam isu KPOP itu??

    ReplyDelete
  4. YAB Tan Sri Muhiyuddin Yassin,
    Blok Utama, Bangunan Perdana Putera,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62502, Putrajaya, Malaysia.

    Pakaian Tudung oleh Wanita


    Saya menulis surat ini untuk menarik perhatian Tuan kepada pakaian tudung oleh kebanyakan kaum wanita kita sekarang. Quran memberitahu kita bahawa rambut wanita bukan ‘aurat. Oleh itu tidak perlu ditutup dengan pakaian tudung.
    Apa yang tidak disuruh oleh Tuhan dalam kitab suci Quran tidak harus kita lakukan. Kalau kita lakukan kerana sesuatu sebab, kita akan mengundang mudarat.
    Tudung suatu perkara baru di Malaysia. Dulu ibu saya dan wanitya-wanita Melayu sezaman dengan beliau pakai selendang. Pakain tudung dimestikan mengikut ajaran kitab Taurat, Perjanjian Baru (Korintus 1, 11: 2) yang sudah pun diganti dengan kitab Quran.
    Ada dua bukti dari Quran bahawa tudung bukan wajib. Pertama, kod pakaian wanita disebut dalam surah 24 (Al-Nur), ayat 30-31. Kedua, wuduk dalam Surah 5 (Al-Ma’edah), ayat 6. Malangnya, ahli perundangan Islam, Imam Shafi’e (767-820) yang datang 135 selepas Nabi Muhammad wafat memperkenalkan satu doktrin baru tentang dua sumber utama, Quran dan Hadis. Sebelum ini tidak ada Hadis. Misi Nabi Muhammad tidak lain dan tidak bukan menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia. Hadis dikutip oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain setelah doktrin Shafi’e diterima. Yang anehnya, kerapkali Hadis mengatasi Quran, seperti dalam doktrin sembahyang tiang agama. Mengikut ajaran Quran, tiang agama itu tauhid. Tanpa pegangan tauhid, semua amal ibadah batal.
    Saya mohon Tuan akan menerangkan perkara ini kepada para guru dan pelajar. Beri masa yang cukup (katalah 6 bulan) untuk masyarakat kita membuat perubahan. Mungkin Tuan patut menjemput tokoh-tokoh agama untuk memberi taklimat tentang perkara ini.
    Sekian dimaklumkan.
    Terlebih dulu diucapkan berbanyak terima kasih.



    (Kassim Ahmad)
    Salinan: YAB Perdana Menteri, Malaysia.

    ReplyDelete